Netizen Sudah Mula #BantahOktoberFest

Oleh: Naimah Shaari

KUALA LUMPUR – Keterbukaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang membenarkan penganjuran pesta arak Oktoberfest di ibu negara telah menimbulkan kemarahan dari rakyat dan tanda pagar #BantahOktoberFest telah diwujudkan di laman sosial yang ada.

Netizen sudah mula membantah secara terang-terangan melarang perlaksanaan pesta arak dan menganggap kebenaran pesta tersebut turut memberi kesan kepada umat Islam di negara ini.

Ada yang mempersoalkan tindakan Mujahid dengan mengatakan tidak ada satu kitab agama pun yang menggalakkan umatnya menjalankan pesta arak untuk bersuka-ria.

Selain itu, ada juga membantah dengan mengatakan risau dan takut dengan azab yang akan diturunkan oleh Allah SWT sekiranya membenarkan maksiat diadakan di sini.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kelmarin mengeluarkan keputusan membenarkan pesta Oktoberfest dijalankan dan disokong oleh Mujahid dengan syarat Umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta arak ini dan Khalid diberi nasihat supaya perlaksanaan pesta tidak memberikan masalah kepada umat Islam.

Justeru itu, ada yang mempertikaikan syarat yang diletakkan oleh Mujahid.

Walaupun umat Islam tidak dibenarkan menyertai pesta arak ini, ia tetap akan memberikan kesan kepada umat Islam iaitu kemungkinan terlibat dengan kemalangan akibat dari mabuk peserta Oktoberfest.

Selain itu, ada yang mempersoalkan kewajaran perlaksaan pesta arak yang berasal dari Jerman memandangkan kes kematian akibat keracunan arak baru sahaja berlaku bulan lepas.

Mujahid semalam enggan memberikan pandangannya secara khusus terhadap penganjuran pesta arak yang berasal daripada Jerman itu, namun menggesa umat Islam supaya tidak menyertainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.