Kemasukan Pelajar Bukan Warganegara Dipermudah – Teo Nie Ching

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memudahkan proses kemasukan kanak-kanak tanpa kerakyatan ke sekolah kerajaan.

Kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, anak-anak ini hanya perlu perlu mengemukakan sama ada sijil lahir, surat anak angkat atau perintah mahkamah untuk diterima masuk belajar.

Jelas beliau yang tidak memiliki dokumen berkenaan, mereka boleh mendapatkan pengesahan daripada ketua masyarakat atau wakil rakyat masing-masing, dan mereka akan turut dibenarkan mengambil peperiksaan umum UPSR, SPM dan STPM.

Beliau berkata bagi kanak-kanak yang belum memiliki kerakyatan tetapi salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia serta memiliki sijil lahir pula, mereka tetap boleh mendaftar untuk bersekolah di sekolah kerajaan.

“Langkah ini diambil kerana kerajaan berhasrat memberi pendidikan formal kepada semua kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas beliau menyempurnakan upacara perasmian pagar baru, Gate of Alumni Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High.

Menurutnya keputusan itu dicapai pada mesyuarat kementerian minggu lepas, untuk diguna pakai pada sesi persekolah Januari tahun depan dengan syarat ibu bapa perlu mengemukakan dokumen yang berkaitan dalam tempoh 2 tahun.

Teo berkata sebab utama kanak-kanak berkenaan tidak memiliki kerakyatan adalah kerana ibu bapa tidak mendaftarkan perkahwinan mereka sebelum anak dilahirkan.

Beliau berkata ibu bapa perlu berusaha memohon dan mendapat sijil kerakyatan Malaysia untuk anak mereka supaya mereka boleh mendapat pendidikan yang sempurna dan mendapatkan pekerjaaan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.