VIDEO: Isu Semasa Didalangi PH Untuk Sabotaj Anwar

KUALA LUMPUR – Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menganggap isu-isu yang yang dikeluarkan kerajaan Pakat mendakwa beberapa isu yang hangat diperkatakan beberapa waktu ini seperti isu Oktoberfest 2018 (pesta arak), Cukai Keuntungan Modal (CGT) dan isu berkaitan agama sengaja ditimbulkan oleh Pakatan Harapan untuk sabotaj Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, semua isu hangat dan kontreversi ini demi mengganggu perjalanan proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson yang ditandingi oleh pemimpin parti itu.

“Saya lihat perkembangan semasa ini untuk memberikan persepsi yang buruk kepada masyarakat khususnya pengundi di Port Dikckson terhadap kerajaan yang diwakili Anwar Ibrahim.

“Tujuannya untuk menggambarkan kerajaan PH ini gagal dan tidak berjiwa rakyat supaya pengundi menolak Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, menerusi laporan Watan Online.

beliau dalam masa yang sama mempersoalkan dalang di dalam gimik yang disengajakan untuk cuba menjatuhkan sokongan pengundi terhadap Anwar Ibrahim.

Antara isu yang menjadi perbincangat hangat buat masa ini adalah penguatkuasaan khalwat yang tercetus menerusi kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusuf Rawa, isu Oktoberfest 2018 yang kini berlangsung dan isu pelaksanaan CGT yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.