Gempa 5.3 magnitud Gegar Wilayah Chiba, Jepun

TOKYO – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud melanda wilayah Chiba, Jepun pada 1.15 petang (waktu tempatan), menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Jumaat.

Gegaran berpusat di timur laut wilayah Chiba pada 35.7 darjah utara dan 140.7 darjah timur dengan kedalaman 50 kilometer, lapor agensi berita Xinhua.

Empat kawasan di wilayah Chiba dan 2 di Tokyo merekodkan bacaan 7 pada skala intensiti seismik.

Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.