Fattah Larang Fazura Masuk Dapur

KUALA LUMPUR – Fattah Amin dan Nur Fazura yang setahun mendirikan rumah tangga terus dibuai kebahagiaan.

Pelakon lelaki itu mengakui air tangan isterinya yang lazat mengakibatkan selera makannya meningkat.

Justeru peningkatan berat badan yang ketara sejak mendirikan rumah tangga memaksanya melarang Fazura memasak dan memulakan gaya pemakanan yang sihat.

“Isteri memang rajin memasak dan air tangannya sangat enak. Jika ada yang perasan, memang saiz tubuh saya berubah kerana isteri selalu menyediakan hidangan yang menyelerakan.

“Ia bukan bermakna saya terlalu obses untuk kurus, sebaliknya lebih kepada menjaga kesihatan. Selain itu, saya juga selalu bersenam, menjaga pengambilan makanan dan elakkan diri daripada makan malam selepas jam 6 petang.

“Saya yang tidak galakkan isteri masuk dapur, malah sering mengajaknya ke gimnasium untuk mengelakkan saya terbabas makan,” katanya selepas sesi memperkenalkannya sebagai duta kereta SUV Crossover kompak, Toyota C-HR.

Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu memaklumkan, dia dapat merasai perbezaan dari segi stamina selepas mengamalkan gaya hidup lebih sihat.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.