Exco Nafi Pesta Arak Berlangsung Di Negeri Itu

KUALA LUMPUR – Exco Terengganu, Ariffin Deraman menafikan dakwaan berlangsungnya pesta arak di negeri itu seperti yang tersebar di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri itu berkata, hasil pemeriksaan wakil kerajaan negeri ke premis itu dan mendapati tiada pesta arak akan dianjurkan.

“Hasil kunjungan tersebut mendapati premis yang dinyatakan itu sememangnya memiliki lesen menjual minuman keras,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Laman web satu jenama arak terkemuka tempatan menyenaraikan premis yang mengadakan promosi arak sempena Oktoberfest, termasuk sebuah kedai di Jalan Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Senarai itu mengundang reaksi negatif pengguna media sosial kerana negeri itu kini ditadbir PAS selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu dan mendakwa kerajaan negeri terbabit dalam penganjuran pesta arak itu serta mempersoalkan pendirian kerajaan negeri berhubung isu itu.

Terkini Oktoberfest 2-18 (pesta arak) berlangsung di sebuah premis di Mid Valley.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.