Menerusi kenyataan di media sosial  hari ini, Najib menyindir kepimpinan PH sebelum menjadi kerajaan ‘memekik’ untuk menghapus tol.

“Putar belit setiap hari padahal dia yang beri konsesi berat sebelah. Tapi Kerajaan BN dan saya Najib Razak yang dipersalahkan, walhal hampir setiap tahun saya umum hapus tol di beberapa kawasan.

“Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita? tanya Najib

Najib mendakwa, apa yang berlaku kini disebabkan janji yang tidak ikhlas untuk rakyat dan dilakukan semata-mata kerana tamakkan kuasa.

Bernama hari ini melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan

Malah Dr. Mahathir sebenarnya tidak bersetuju dengan ikrar lebuh raya bebas tol yang terkandung dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan (PH).

Menjelaskan lebih lanjut mengenai tol, Dr. Mahathir bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol. – UTUSAN ONLINE