Bodoh Betul Menteri Yang Luluskan Pesta Arak

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Facebook menganggap kebenaran yang diberikan untuk penganjuran Oktoberfest 2018 atau pesta arak adalah tindakan dangkal.

Achmat Kmitzki menyelar kerajaan yang membenarkan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan berpotensi mengakibatkan huru-hara.

Tambahnya, pelancong yang datang dari luar negara khususnya negara barat sudah tentu tidak hairan dengan pesta yang merupakan menjadi rutin mereka setiap hari.

“MALAYSIA TERHEGEH2 NAK SAMBUT.. kununnya nak menarik pelancong… Woiiiii… Pelancong TAK HINGIN LANGSUNG NAK TENGOK ORG MALAYSIA MINUM ARAK… di tempat mereka lagi advance bab minum arak ni…

“Pelancong datang ke Malaysia nak tengok BUDAYA KITA, KESOPANAN KITA, SENYUMAN KITA, KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI KITA.. BODO BETUL MENTERI YG LULUSKAN PESTA GILA INI..,” katanya.

Beliau juga menyentuh tentang pengalamannya apabila berada di Munich, Jerman di mana pesta arak ini bermula, penduduk sekitar tersebut pada hari kejadian sangat terdedah dengan pelbagai jenayah.

“saya tiga kali ke-Jerman.. 1 kali ke-Munich. hampir kesemua org tempatan munich yg sy jumpa menasihati saya supaya JANGAN KELUAR HOTEL hari Octoberfest berlangsung. Mereka kata tak ada apa nak tengok pun… yg ada cuma ORANG GILA

“Terlalu banyak jenayah berlaku semasa octoberfest,” ujarnya.

Terdahulu Oktoberfest 2018 yang berlangsung di sebuah premis di Mid Valley semenjak semalam, dibenarkan untuk berlangsung seperti kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan.

Katanya ini kerana pesta arak itu tidak tidak salah selagi tidak melanggar undang-undang.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.