“Anda Boleh Simpan Duit Saya, Maruah Lebih Penting”, Reaksi Khabib Selepas Wang Kemenangan AS$1.5 Juta Ditahan UFC

PETINJU Khabib Nurmagomedov berkata Ultimate Fighting Championship (UFC) dan Suruhanjaya Atletik Nevada (NAC) boleh menyimpan wang kemenangannya jika rakan sepasukannya, Zubaira Tukhugov diharamkan daripada sukan MMA.

Khabib turut mengancam untuk  meninggalkan UFC jika syarikat kendalian Dana White itu tidak mengubah keputusan tersebut.

White sebelum ini berkata mahu mengharamkan Zubaira dan seorang lagi rakan pelatih Khabib, Islam Makhachev daripada sukan MMA ekoran insiden pergaduhan dengan Conor McGregor di T-Mobile Arena, Ahad lalu.

“Kenapa UFC tidak menghukum individu (McGregor) yang menyerang bas dan hampir membunuh beberapa orang?

“Kenapa berdiam diri apabila negara, agama dan keluarga saya dihina?

“Kenapa rakan sepasukan saya sahaja yang dihukum sedangkan kedua-dua kem bergaduh?

“Tak perlu hukum Zubaira, tetapi hukumlah saya. Jika UFC pecat Zubaira, UFC juga kehilangan saya.

“Bangsa Rusia tidak akan meninggalkan saudara mereka dan akan berjuang sehingga ke penghujung,” tulis Khabib di Instagram.

Zubaira dijadualkan beraksi menentang Artem Lobov di UFC Fight Night 138 di Kanada pada 27 Oktober ini.

Namun UFC telah mengeluarkan kenyataan bahawa pertarungan itu dibatalkan dan Lobov akan diberi lawan baharu.

Lobov merupakan rakan sepasukan McGregor yang menjadi punca di sebalik insiden pergaduhan menjelang UFC 229, Ahad lalu. 

Susulan pergaduhan itu juga, NAC turut menahan hadiah wang kemenangan Khabib berjumlah AS$1.5 (RM6.24 juta) sementara siasatan dijalankan.

“Kamu boleh simpan duit saya. Nampaknya kamu terlalu sibuk dengan perkara itu. Bagi saya, maruah lebih penting,” tulis petinju Dagestan itu lagi. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.