Wanita Dirogol, Dipenggal Sebab Hidang Cebisan Ikan

Seorang wanita di Republik Demokratik Kongo dirogol, dirotan dan dipenggal kepala secara terbuka oleh kumpulan pemberontak kerana dituduh melanggar pantang larang ketika perang.

Menurut Agensi, lebih mengaibkan, dia juga dipaksa melakukan sumbang mahram bersama anak tirinya yang berusia kira-kira 20 tahun di khalayak ramai sebelum kedua-dua mereka dibunuh, lapor portal Daily Mail.

Darah wanita itu juga diminum beberapa anggota puak pemberontak selain kepalanya diarak di keliling bandar, petik Awani.

Wanita itu diperlakukan sedemikan setelah didakwa menghidangkan sajian terlarang yang mengandungi cebisan isi ikan di restorannya kepada kumpulan pemberontak Kamuina Nsapu di bandar Luebo.

Kumpulan itu mempunyai kepercayaan karut di mana mereka dilarang makan daging, ikan, daun ubi kayu, anggur, minyak masak dan bunga raya ketika perang.

Selain itu, mereka juga dilarang mandi dan bersetubuh.

Video berdurasi hampir lapan minit yang tersebar dengan jelas memaparkan bagaimana mangsa dirogol dan dibunuh.

Mayat kedua-dua mangsa dibiarkan di tempat kejadian selama dua hari sebelum ditanam di lokasi sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.