Vladimir Putin Mengeluarkan Larangan Bagi Media AS Beroperasi di Rusia

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia berkata, pihaknya akan menggunakan kuasa mereka untuk menghadkan operasi organisasi media Amerika Syarikat (AS) di Rusia.

Langkah ini disebabkan atas apa yang Moscow sebut sebagai penganiayaan AS pada stesen TV yang disokong Kremlin.

Seperti yang dilaporkan CNBC, pegawai Rusia menuduh Washington melakukan penganiayaan yang tidak berasas terhadap operasi RT, stesen televisyen yang dibiayai oleh Kremlin kerana dituduh Washington mencampuri politik dalam negeri AS. Hal ini sebelumnya sudah dinafikan oleh RT.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Rusia, Maria zakharova, berkata bahawa pihak berkuasa AS menolak operasi RT di AS, dan Moscow mempunyai hak untuk ambil tindakan.

“Kami tidak pernah menggunakan undang-undang Rusia berhubung dengan wartawan asing untuk menindas, atau menapis, atau pengaruh politik. Tidak pernah, tetapi ini adalah kes yang istimewa,” kata Zakharova dalam satu wawancara dengan penyiar NTV Rusia.

Beliau memetik undang-undang Rusia pada tahun 1991 yang menyatakan bahawa jika saluran media Rusia tertakluk kepada larangan di negara asing, Moscow mempunyai hak untuk mengenakan larangan yang sama pada media di negara berkenaan yang beroperasi di Rusia.

“Selaras dengan itu, semua wartawan Rusia dan stesen RT patuh pada peraturan AS, setelah kami memenuhi syarat sebagai sekatan aktiviti mereka, kami juga melaksanakan tindakan sama kepada wartawan Amerika, media Amerika di sini, di wilayah Rusia,” kata zakharova.

Malangnya, beliau tidak mengenal pasti media AS yang disasarkan. Zakharova berkata ia tidak berbeza dari sudut pandangan kerajaan Rusia jika saluran media dibiayai oleh AS atau dibiayai secara persendirian.

Pada akhir bulan lalu,regulator komunikasi Rusia menuduh saluran TV AS, CNN International, telah melanggar izin penyiaran di Rusia. Kerajaan Rusia juga memanggil wakil penyiar berkaitan dengan perkara tersebut.

Tidak dinyatakan lagi , pelanggaran apa yang telah dilakukan stesen TV tersebut. regulator komunikasi Rusia hanya mengatakan bahawa pelanggaran tersebut hanyalah masalah teknikal dan membantah adanya kewujudan politik yang terlibat.

Sebelum ini, pegawai perisikan AS, dalam laporannya pada Januari tahun ini menyatakan bahawa RT merupakan mesin propaganda milik kerajaan Rusia yang menyokong kempen Kremlin untuk mempengaruhi politik AS.

Rusia menafikan tuduhan tersebut. Mereka mengatakan, golongan politik di AS sengaja menyerang pengaruh Rusia bagi menjatuhkan Presiden Donald Trump.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.