Video: NGO Pertikai Rizab Jalan Dijadikan Kondo

CHERAS – Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin, hari ini mempertikaikan tanah Rizab yang telah digunakan oleh pemaju untuk dijadikan banggunan kondominium.

Menurut Penyelia Hal Ehwal Orang Cina, PMSP, kondominium tersebut sedang dibanggunkan dan ia akan mengakibatkan kesan-kesan terhadap penduduk setempat.

“Hari ini kita nak beritahu pada dewan bandaraya, silalah bandaraya dengar suara rakyat dan jangan salah guna kuasa.

“Dia suruh kita pergi meeting kerana ini kes betul-betul jalan raya, reserved land tapi dia halau penduduk sini keluar dari kawasan kerana dia kata dia mahu bina jalan raya.

“Tapi lepas jual, muncul pula banggunan ini dan itu tidak adil.”katanya ketika ditemui media petang tadi.

Banggunan kondominium tersebut terletak Lot No 810,Section 90,Lorong Peel, Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi,  kawasan tersebut sangat penting kepada penduduk setempat kerana ia memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka.

“Jalan ini menghubungkan antara kawasan dan jalan pintas, jimatkan minyak serta elak kesesakan lalu lintas,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tindakan bandaraya itu membimbangkan kerana ia akan menjejaskan nama kerajaan.

“Tolong jangan buat perkara seperti ini kerana ia boleh buat rakyat bencikan kerajaan.

“Kerajaan memang baik, tapi orang yang buat kerja ini yang beri masalah kepada rakyat,”katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.