Profesor Universiti Gunma Dipecat Kerana Merosakkan Nama Baik Kampus

Universiti Gunma secara rasminya memecat profesor sains kesihatan universiti itu, Prof. Masashi Emoto , 56, kerana didakwa telah memburukan nama universitinya kerana terlibat dalam pemalsuan data tesisnya.

Menurut kenyataan Universiti Gunma, pemalsuan data tesis yang dilakukan Masashi dan menggunakan nama palsu di twitter yang menafikan nama universiti, telah menimbulkan kemarahan guru dan pelajar di universiti tersebut.

“Untuk mengekalkan nama baik dan kredibiliti universiti, kami menganggap tindakannya telah melanggar peraturan yang ada dan perlu dikeluarkan dari universiti ini,” kata kenyataan berkenaan.

Tesisnya mengenai fungsi kekebalan yang diungkapkan antara tahun 2008-2010 dengan 12 halaman termasuk gambar dan data dianggap tidak benar atau dipalsukan.

Terhadap penggunaan nama samaran pada twitter yang merosakkan nama universiti namun Masashi menafikan tuduhan itu.

Masashi didapati bersalah pada 24 Februari lalu selepas universiti membentuk pasukan penyiasat dan pada 5 Oktober lalu Masashi telah digantung tugas. Manakala hari ini pula, dia telah dipecat.

Pada 25 Disember tahun lepas Masashi juga memfailkan tuntutan mahkamah Maebashi bahawa pengurangan elektrik dan gangguan pengajarannya dianggap merugikan, sehingga menuntut ganti rugi pada Universiti Gunma.

Pihak Universiti Gumma memohon maaf kepada orang ramai berkenaan kes ini.

“Kami memohon maaf atas perkara yang terjadi di sini yang menyebabkan nama universiti dan kepercayaan kepada kami menjadi buruk,” kata ketua Universiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.