Pengguna Facebook, Instagram Di Beberapa Negara Alami Gangguan

KUALA LUMPUR – Ramai pengguna Facebook (FB) dan Instagram di beberapa negara termasuk Malaysia mengalami masalah tidak dapat mengakses atau mengemaskini akaun masing-masing sejak malam tadi.

Memetik laporan Reuter yang disiarkan portal BH, pengguna di beberapa bahagian di Amerika Syarikat, Eropah dan Kanada turut mengalami masalah sama ekoran isu teknikal dihadapi rangkaian media sosial itu.

“Kami sedar sebahagian pengguna berhadapan masalah mengakses Facebook dan Instagram. Kami berusaha mengembalikan keadaan kepada normal secepat mungkin,” kata jurucakap Facebook.

DownDetector.com yang memantau gangguan di laman sosial mengesan lebih 12,000 aduan pengguna mengenai isu dengan penggunaan laman web.

Laporan di laman web Downdetector menyebut, 50 peratus pengguna melaporkan masalah log masuk, manakala 40 peratus berhadapan isu akaun terpadam sepenuhnya dan 10 peratus lagi mengalami masalah gambar. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.