Nur Fathia Kena Lagi Gara-Gara Tak Faham Maksud ‘Cashless’

Pelakon Nur Fathia Latif terus berdepan dengan kontroversi. Jika baru-baru ini dia mengundang kecaman gara-gara kontroversi menari di aplikasi Bigo Live, kini Nur Fathia sekali lagi dikecam.

Kali ini ketika pelakon Ariana Rose itu memberikan pandangan terhadap berita bertajuk “Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050” yang disiarkan pada Rabu.

Nur Fathia menyatakan adalah tidak relevan jika negara tidak lagi menggunakan wang bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik paparan skrin berita berkenaan.

Ia menyebabkan Nur Fathia dicemuh dan dilabel sebagai `bodoh’ kerana tidak memahami maksud cashless.

Ada netizen yang menganggap Nur Fathia sengaja mencari publisiti murahan selepas namanya terpalit kontroversi Bigo Live baru-baru ini.

Menyedari dia menjadi tumpuan netizen, Fathia memuat naik status menjelaskan perkataan cashless membawa pelbagai maksud.

Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip,” tulisnya.

Status itu turut mendapat lebih 300 komen negatif netizen dan 600 ulang siar di Twitter.

Cashless society bermaksud masyarakat tanpa tunai iaitu menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

Bukan sahaja orang ramai malah pelakon Redza Minhat turut menegur Fathia bahawa ayat cashless yang digunakan dalam artikel berkenaan adalah ayat yang sebetulnya mengikut terma.

Katanya lagi, Fathia sepatutnya tidak menjejaskan kredibiliti seorang pelakon dengan kenyataan-kenyataan sebegitu.

“Ia adalah perkataan yang betul. Kamu betul, berita itu adalah sebuah berita dan bukannya gosip, jadi bacalah seperti sebuah berita,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.