Netizen Minta Fatiya Latiff Banyak Membaca, Kurangkan Aktiviti Di Bigo

Pelakon Nur Fathia Latiff atau Fatiya dikecam pelayar laman sosial Twitter malam semalam selepas memuat naik entri sebuah laporan akbar yang memetik ucapan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Fatiya telah memuat naik tajuk utama berita yang dipetik daripada The Star Online, ‘Khairy: Malaysia To Be Cashless by 2050’ dengan kapsyen ‘Kite nak jadi macam zaman batu balik ke? Buat sistem barter balik? Kau bagi aku TV aku bagi kau basikal. Takuttttt’ yang dianggap kurang bijak oleh pengikut Twitter, lapor Gempak.

Rata-rata komen, menghentam Fatiya dan menganggap pelakon tersebut kurang bijak apatah lagi dia merupakan graduan undang-undang.

Ada juga netizen yang menasihati Fatiya supaya lebih banyak membaca dan mengurangkan aktiviti di Bigo.

Bagaimanapun selepas 40 minit, Fatiya memuat naik entri  baru, “Cashless: Broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang. Ni bukan tulis gossip”.

Bagaimanapun, sekali lagi Fatiya dinasihatkan oleh netizen supaya sekurang-kurangnya membaca berita ditulis bukan sekadar membaca tajuk.

Mereka turut menjelaskan maksud ‘cashless’ seperti yang ditulis pada tajuk berita tersebut kepada Fatiya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.