Nenek Lahirkan 4 Bayi Kembar Di Usia 65 Tahun

Berapakah usia normal bagi seorang wanita untuk melahirkan anak? Jawapan biasa yang selalu kita dengar sebelum usia 30 tahun dan tak sampai usia 40 tahun.

Namun, nenek yang berusia 65 tahun dan berasal dari Jerman ini membuktikan tanggapan tersebut tidak benar dengan melahirkan bayi kembar empat sekali gus.

Sebelum ini, doktor telah menyarankan Annegret Raunigk untuk tidak mengambil risiko itu kerana dia sudah tua dan tubuhnya sudah tidak kuat lagi.

Annegret Raunigk

Namun Annegret Raunigk tetap berkeras mahu mengandung dan menentang saranan doktor .

Sebelum anak kembar empatnya lahir, Annegret telah memiliki 13 orang anak yang berusia dari 9 hingga 44 tahun.

Ada anak-anaknya yang telah berkahwin dan Annegret sendiri sudah berstatus sebagai “nenek.”

Anak-cucu Annegret Raunigk

Alasan kehamilan Annegret  ini agak unik. Annegret hamil kerana anak bongsunya inginkan adik lagi.

Annegret Raunigk dan anak

Kerana sudah mencapai usia 65 tahun, Annegret telah memasuki golongan yang menopause.

Ini bermaksud dia tidak boleh mengandung lagi .

Oleh itu, Annegret mengikuti program IVF untuk memenuhi permintaan anak bongsunya

Walau bagaimanapun, prosedur seperti itu menyalahi undang-undang di Jerman dan sangat kontroversi.

Kembar 4

Prosedur tersebut memerlukan penderma sperma dan juga penderma sel telur.

Ini bermakna Annegret tidak boleh menjadi ibu biologi bayi yang dilahirkannya.

Disebabkan  prosedur itu menyalahi undang-undang di Jerman, dia pun terbang ke Ukraine untuk melakukan inseminasi dengan penderma sperma dan penderma sel telur.

Periksa kandungan

Apabila IVF Annegret berjaya, dia terkejut ketika membuat scan baby pada minggu ke 21 kerana bukan satu janin sebaliknya ada empat janin dalam rahimnya.

USG

Annegret dan keluarga sangat gembira.

Sementara bagi doktor, ternyata masih ada kemungkinan untuk seorang wanita 65 tahun  boleh hamil.

Doktor kemudian menyarankan melakukan “pengurangan selektif”, iaitu menghilangkan satu atau lebih janin yang baru lahir supaya dia boleh bersalin dengan selamat.

Namun Annegret menolak dan memilih untuk melahirkan keempat bayinya.

Doktor berkata kemungkinan kehamilan dan kelahiran itu sangat berisiko bagi Annegret.

Tiga bulan sebelum waktu kelahiran, Annegret dikejarkan  ke hospital.

Bayi-bayi Annegret lahir pra-matang dan perlu dirawat secara intensif, termasuk dengan bantuan alat pernafasan dan beberapa operasi.

Dia bernasib baik, empat kembarnya dilahirkan dengan selamat.

Annegret melahirkan tiga bayi lelaki dan seorang bayi perempuan bernama Bence, Dries, Fijon dan Neeta.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.