Lelaki Patahkan Bahu Isteri Pertama

KOTA BHARU – Hanya kerana mahu memindahkan alat penyaman udara dari rumah isteri pertama ke kediaman isteri mudanya, seorang peniaga kedai makan dipenjara empat tahun di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tindakan lelaki tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan dengan isteri tuanya sebelum tertuduh menyepak dan memijak mangsa sehingga wanita itu mengalami patah tulang bahu dalam kejadian Julai lalu, lapor Kosmo.

Hakim Nazri Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Samsol Kamal Basri, 50, selepas tertuduh mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada Shahaba Che Lah, 44, di sebuah rumah di Kampung Gelam Gong Serapat, Pasir Puteh dekat sini pada pukul 8.45 malam 16 Julai lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.