Kanak-Kanak Cacat Dipaksa Jadi Pengemis Selepas Dijual Oleh Ibu Sendiri

Kesian….seorang kanak-kanak perempuan yang cacat, telah dijual oleh ibunya kepada kumpulan dadah dan dijadikan sebagai peminta sedekah di jalanan.

Kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Anabelle, berasal dari Filipina. Dia akan dipukul oleh `tuannya’ hingga menangis semata-mata mahu mendapatkan simpati ramai.

Dia akan ditemani oleh seorang wanita yang menyamar sebagai ibunya. Mereka akan berpindah dari satu bandar ke bandar yang lain bagi mengelakkan dikesan oleh polis.

Mujurlah Anabelle, yang menghidap sindrom Crouzon hingga mengakibatkan matanya tersembul telah diselamatkan.

Kisah Anabelle, yang berusia lima tahun itu telah menarik perhatian seorang sukarelawan, Gonzalo Erize dari Argentina, yang menggunakan wangnya sendiri dan turut mengutip derma bagi membolehkan Anabelle menjalani pembedahan.

Disebabkan keadaan matanya itu, Anabelle tidak dapat tidur kerana dia tidak boleh menutup mata dan keadaan ini menjadikan kanak-kanak berkenaan keletihan.

“Orang yang menjaganya memberitahu saya bahawa Anabelle akan bangun di tengah malam sambil menjerit kerana kisah silamnya itu.

“Saya mahu memberikan Anabelle peluang dalam hidupnya di mana dia boleh bermain tanpa rasa sakit dan hidupnya lebih bererti,” kata Erize yang sanggup terbang dari Argentina untuk berada bersama Anabelle ketika pembedahan dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.