Hamba Seks Hampir Maut Dibelasah Bapak Ayam

Inilah kekejaman yang dialami oleh seorang wanita berusia 20 tahun yang menjadi hamba seks di Bulgaria. Dia dipaksa menjadi pelacur oleh kumpulan jenayah.

Wanita itu, yang tidak dinamakan, dipukul dengan teruk  dan dipaksa mencari pelanggan di tepi jalan di The Haque.

Gambar-gambar ini dirakamkan oleh seorang pekerja amal dari Austria, Norbert Ceipek yang membuka pusat bantuan khas kepada mangsa pemerdagangan manusia.

“Wanita muda itu berkenalan dengan seorang lelaki yang berjanji untuk mencintainya sepenuh hati. Dia membawa wanita itu ke Netherlands. Ketika di sana, wanita itu dipaksa menjual badan bersama tiga mangsa lain. Jika ingkar dia akan dipukul dan dipaksa menjadi pelacur selama lapan bulan.

“Mereka kemdiannya balik ke Bulgaria dan ketika cuba melarikan diri, wanita itu telah dikesan oleh bapak ayam lalu dipukul hingga hampir mati,” katanya.

Mangsa kemudiannya dibuang di depan hospital. Bapak ayam itu kemudian ditangkap dan dia sangat terkejut apabila mendapati mangsa masih hidup.

Pihak hospital kemudiannya memberikan wanita itu penjagaan rapi dan selepas lima minggu dia dibenarkan keluar namun disebabkan dia tiada insuran kesihatan, maka mangsa sukar membuat bayaran.

Wanita itu akhirnya ditempatkan di pusat khas yang dikendalikan oleh Ceipek dan kini dia cuba mengumpul wang untuk membolehkan wanita itu menjalani pembedahan di bahagian muka dan mulut serta pemindahan kulit.

“Semua anggota badannya dipukul, tiada satu tempat pun yang terkecuali,” kata Ceipek.

Meskipun Ceipek mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan Bulgaria dan derma namun ia masih belum mencukupi untuk membantu semua mangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.