Emma Maembong Terjemah Hasil Lukisan Cantik Atas Koleksi Tudung

Mahu berkongsi hasil seninya bersama peminat, pelakon Emma Maembong telah menterjemahkan lukisannya ke atas tudung untuk dijual dengan harga berpatutan.

Aktres itu kini mengeluarkan koleksi tudungnya sendiri dengan nama My Sketchbook Shawl By Emma Maembong.

“Saya memang seorang pelukis dari kecil lagi dan lukisan saya pernah dibeli oleh orang kenamaan.

“Selama ini, saya sudah menghasilkan banyak karya lukisan di atas kanvas serta buku lakaran.

“Namun, bila difikirkan kembali, sampai bila saya mahu simpan hasil seni ini? Timbul idea untuk saya terjemahkan karya ke atas tudung supaya peminat dan sesiapa sahaja mampu membeli hasil seni saya.

“Harga tudung saya lebih murah berbanding harga sebuah lukisan yang saya pernah hasilkan sebelum ini,” katanya lapor AstroGempak.

My Sketchbook Shawl By Emma Maembong dijual dengan harga bermula RM55 hingga RM99.

Emma muncul dengan koleksi terbaharu iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell.

Mengulas mengenai kariernya sebagai seorang pelukis, Emma memberitahu dia tidak pernah melupakan minatnya itu malah sentiasa berkarya meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Walaupun saya kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada lakonan, namun boleh dikatakan setiap hari saya tetap akan meluangkan masa untuk melukis.

“Selalunya saya akan membawa buku lakaran ke mana-mana sahaja, termasuk ke lokasi penggambaran.

“Saya akan melukis dan tangan saya akan mula bergerak jika saya ada tiada masa senggang sekalipun,” katanya lagi.

My Sketchbook Shawl By Emma Maembong diusahakan bersama kakaknya, Yaya Maembong yang juga seorang pelakon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.