Dua Komander Kapal Perang AS Dipecat

TOKYO – Angkatan Tentera Amerika Syarikat (AS) semalam memecat dua komander kapal pemusnah yang bertembung dengan kapal tangki di Singapura kerana dianggap ‘hilang kepercayaan’ terhadap mereka.

Dalam kejadian pada 21 Ogos lalu, kapal pemusnah USS John S McCain melanggar kapal tangki ketika menuju ke Singapura, menyebabkan lubang besar terbentuk pada badan kapal terbabit.

Pertembungan itu mengorbankan 10 kelasi kapal dan mencederakan lima yang lain.

Kejadian itu berlaku selepas kapal pemusnah lain, USS Fitzgerald, bertembung dengan kapal kargo yang membawa bendera Filipina di Jepun pada Jun lalu, menyebabkan tujuh kelasi maut.

Pegawai Memerintah Alfredo J Sanchez serta pegawai eksekutif, Jessie L Sanchez dipecat daripada tugas mereka semalam, kata Armada Ketujuh AS yang berpangkalan di Pasifik dalam satu kenyataan. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.