Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Deepavali Di Empat Laluan Lebuhraya

KUALA LUMPUR – Pengguna Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus bersempena perayaan Deepavali.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Prolintas Datuk Mohammad Azlan Abdullah dalam kenyataan pada Rabu berkata diskaun tol itu akan bermula dari 6 pagi 18 Okt hingga 6 pagi 19 Oktober untuk kenderaan kelas 1 sahaja.

“Tawaran diskaun ini diharap dapat meringankan beban perbelanjaan yang ditanggung pengguna lebuh raya, terutamanya bagi yang merayakan Deepavali,” katanya.

Lebih 300,000 pengguna lebuh raya Prolintas dijangka bakal menikmati faedah itu, kata beliau.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.