Bos Kobe Steel Jepun Akhirnya Minta Maaf Atas Penipuan Data Produk Syarikatnya

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kobe Steel Jepun, Hiroya Kawasaki akhirnya datang ke Kementerian Ekonomi Industri dan Perdagangan (METI) Jepun bagi meminta maaf atas penipuan data produknya yang tersebar ke semua syarikat Jepun.

“Kami memohon maaf untuk kes ini dan akan melakukan baik pulih menyeluruh dengan keutamaan keselamatan dan pengesahan produk yang kami hantar.

“Kami akan merancang analisis menyeluruh mengenai sebab dan memastikan bahawa perkara serupa tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” kata Hiroya Kawasaki di hadapan Akihiro Tada, Pengarah Industri Biro Pengilangan METI.

Lelaki yang dilahirkan 4 Ogos 1954 itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang memberi perhatian kepada kes ini dan pada masa yang sama bimbang tentang berkualitinya.

“Sekali lagi kami mohon maaf sedalamnya atas perkara ini,” kata Kawasaki.

“Kami agak terkejut mendengar kes ini dan kami akan lebih prihatin dan berhati hati selepas ini,” kata Akihiro Tada, Pengarah Biro Industri Pembuatan METI.

Setelah melakukan penyelidikan yang mendalam, Kawasaki berjanji akan mengumumkan hasil verifikasi keselamatan produk dalam waktu sekitar dua minggu, sekaligus analisis penyebab menyeluruh dalam waktu satu bulan.

Pada 8 Oktober lalu terbongkar bahawa data pemeriksaan bahan produk aluminium dan tembaganya dipalsukan, kekuatannya tidak sesuai dengan data yang ada atau diterima berbagai pembelinya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.