Adakah Harga Petrol Malaysia Terlalu Murah Atau Terlalu Mahal? – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Blog Lim Sian See, 11 Oktober 2017

Apabila harga petrol meningkat, orang ramai pasti akan merungut. Sifat semula jadi manusia sememangnya tidak mahu harga meningkat walaupun tahap pendapatan dan taraf hidup kita telah meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Artikel ini melihat harga petrol hari ini secara objektif (RM2.19 pada 9 Oktober 2017) dengan matlamat untuk memberi purata rakyat Malaysia perspektif baru kepada harga petrol kita.

1. Harga petrol kita telah melambatkan inflasi.
Betul itu, harga petrol RON95 pada hari ini telah gagal untuk bersaing dengan indeks inflasi rasmi kita – indeks yang dilihat oleh ramai sebagai terlalu sederhana.

Lebih 36 tahun yang lalu pada 1981, harga RON92 hanyalah RM0.89 seliter. Sekiranya kita menggunakan indeks inflasi rasmi kita seperti yang ditakrifkan oleh Jabatan Perangkaan kita dan mengira nilai RM0.89 hari ini, harga itu akan menjadi RM2.41. Ini adalah lebih tinggi daripada harga hari ini iaitu RM2.19.

Dan walaupun jika anda menggunakan harga 27 tahun lalu pada tahun 1990 sebanyak RM1.10 seliter, harga hari ini apabila anda mengira bersama dengan inflasi ialah RM2.30. Sekali lagi ini lebih tinggi daripada harga hari ini iaitu RM2.19.

Lebih dasyat lagi ialah harga minyak mentah global untuk tahun 1990 hanyalah AS$25 setong apabila kadar pertukaran kita adalah AS$1 kepada RM2.40 yang bermakna ia adalah RM60.00 setong.

Bandingkan ini dengan harga minyak mentah global kira-kira AS$60 setong dan kadar pertukaran AS$1 = RM4.20 yang bersamaan dengan RM252.00 setong, iaitu 4 kali ganda lebih tinggi daripada harga ringgit 27 tahun lalu.

Perbezaan ini dijelaskan apabila anda menyedari bahawa Kerajaan Mahathir telah mengenakan cukai ke atas petrol sebanyak 58 sen seliter selama beberapa dekad sehingga cukai ini dihapuskan pada tahun 2004 dan bukannya memberikan subsidi ke atas petrol.

Ya, Mahathir telah mengutip wang dari kita dari setiap liter yang dipam dalam 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

Sebagai nota sampingan, kereta moden kita adalah lebih cekap bahan bakar daripada kereta pada masa lalu. Oleh itu, kita sebenarnya membayar lebih sedikit dalam sebulan untuk petrol sekarang ini berbanding tahun 1980-an dan 1990-an. Dan, kadangkala harga petrol kita jatuh jauh di bawah kadar inflasi – seperti ketika ia berharga RM1.60 seliter pada awal tahun 2016.

2. Harga petrol kita adalah separuh daripada harga purata global.
Menurut laman web Global Petrol Prices yang mengikuti harga bahan api di seluruh dunia, pada hari ini, 9 Oktober 2017: Harga purata petrol di seluruh dunia ialah RM4.57 – yang mana adalah lebih daripada dua kali ganda harga kita sebanyak RM2.19 seliter.

https://2.bp.blogspot.com/-Iq57yszu-X0/Wd4LL78293I/AAAAAAAABmw/myFw0Olpv5w96AyGzt5uoUvjlAhYNinMACLcBGAs/s1600/average-petrol.png

3. Kitaa sekarang adalah yang ke-15 atau ke-16 negara yang termurah di dunia untuk petrol.
Daripada 180 buah negara, kita berada pada tangga ke-15 atau ke-16 termurah untuk harga petrol sekarang ini. Semua negara di hadapan kita kebanyakannya adalah pengeluar minyak utama dengan pengeluaran dan eksport yang berlipat kali ganda daripada apa yang dihasilkan oleh Malaysia.

https://2.bp.blogspot.com/-eRFFyviZBSo/Wd4L5a_b1SI/AAAAAAAABm4/54oc0cMF-y8-OIIQCticKDbRCiC17ns6gCLcBGAs/s400/15th.png

Dan tentu sahaja selain daripada Brunei (yang tidak mempunyai demokrasi tetapi menghasilkan 40 kali lebih banyak minyak per kapita daripada Malaysia), Malaysia mempunyai petrol termurah di ASEAN.

Tetapi lihat kedudukan di atas, negara mana yang pada anda rasa patut Malaysia kalahkan yang boleh memuaskan hati anda?

4. Tapi…. bukankah Malaysia adalah pengeluar/pengeksport minyak utama dan malah mampu membeli petrol lebih murah untuk rakyat?
Perkara berubah-ubah.

Ramai di antara kita masih terikat dengan buku teks geografi kita semasa zaman persekolahan tetapi realitinya ialah Malaysia telah berubah.

Pertama sekali, lihatlah angka pengeluaran minyak kita selama ini. Perhatikan trendnya.

https://1.bp.blogspot.com/-tPfNDbTXuRU/Wd4O5WiUnlI/AAAAAAAABnQ/_CoLnwwXz2IJj0d4wJKElLDEHGMWy4uxQCLcBGAs/s640/crude-production.png

Ya, betul. Oleh kerana kekurangan perigi minyak – terutamanya perigi minyak yang paling murah untuk mengekstrak yang terletak dekat dengan darat, Malaysia tidak lagi mengeluarkan banyak minyak seperti pada masa lalu.

Mahathir pada dasarnya mengeringkan perigi kita tanpa menggantikan semula kebanyakkan perigi minyak itu.

Sekarang, lihat jumlah kereta yang dijual setiap tahun dari laman web Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang menyimpan data rasmi jualan kereta.

https://3.bp.blogspot.com/-6wlnFCYi0lY/Wd4NxwY1PtI/AAAAAAAABnE/vH9_gxmNFPEMTn2B8hjJiJCGn8jQDv-VwCLcBGAs/s1600/vehicles-registered.png

Seperti yang anda dapat lihat, jumlah kenderaan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia meningkat dengan banyak. Malah, Malaysia mempunyai salah satu kadar pemilikan kereta tertinggi di dunia.

Kereta dan trak menggunakan petrol. Semakin banyak kereta dan trak, lebih banyak petrol yang kita gunakan – maka penggunaan minyak kita juga berterusan meningkat sejak kali terakhir kita membaca buku geografi kita.

Ini membawa kita ke jadual ini.

https://1.bp.blogspot.com/-SrFD-my7SbY/Wd4QEm8ildI/AAAAAAAABnY/0H14UUSthxMDhNJx3rMc8G7udv9QDI-ZQCLcBGAs/s640/consumption.png

Anda dapat melihat sendiri bagaimana bar biru (pengeluaran minyak kita) menurun sementara bar kuning (penggunaan minyak kita) terus meningkat tahun demi tahun.

Dan apabila bar kuning kini lebih tinggi daripada bar biru, ini bermakna Malaysia kini menjadi pengimport bersih minyak mentah.

Jangan kata kerajaan kita tidak memberitahu anda tentang ini atau tiada siapa yang memberitahu anda tentang ini, ya. Kerajaan telah memberitahu anda tentang ini dua tahun yang lalu tetapi anda tidak mahu membaca.

Tetapi jangan terlalu risau. Malaysia masih merupakan pengeksport bersih gas asli yang sangat besar. Malangnya, kita tidak mengepam gas asli ke dalam kereta kita – kecuali anda mengubahsuai kereta anda untuk menggunakan LPG, yang mana adalah lebih murah daripada petrol tetapi hanya tersedia di beberapa stesen petrol sahaja.

Jadi, itulah yang sebenarnya!

Harga petrol Malaysia tidak terlalu mahal jika dilihat secara keseluruhan dan juga berdasarkan sejarah.

Malah, Malaysia sebenarnya tidak mempunyai hak pun untuk menjadi antara 15 negara dengan petrol termurah di dunia.

Tetapi kita sememangnya salah satu daripada 15 negara itu.

Link asal artikel:
http://limsiansee.blogspot.my/2017/10/is-malaysias-petrol-price-too-cheap-or.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.