1 Posting IG Review Dengan Cristiano Ronaldo Bernilai RM1.68 Juta

Awal bulan lalu, Forbes menyenaraikan nama pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sebagai atlet yang dibayar paling mahal pada tahun 2017.

Mendapat gaji bernilai AS$93 juta, hampir separuh gaji yang diperoleh Ronaldo merupakan hasil penajaan, lapor Gempak.

Salah satu medium tajaan adalah daripada laman sosial Instagram. Ronaldo meraih hampir AS$400,000 untuk sebuah entri berbayar di laman Instagram (IG) miliknya, @cristiano.

Jika ditukarkan nilai tersebut dalam matawang Malaysia, satu IG ‘review’ yang dimuat naik Ronaldo bernilai RM1.68 juta!

Setakat ini, 112 juta pengguna mengikuti laman IG pemain bola sepak Portugal dan Real Madrid itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.