Video : Terajang Biker, Bersih 5 Yang Mulakan Provokasi Kata Peguam Gerakan Merah

KUALA LUMPUR – “Bila kita tengok motorsikal ini secara tiba-tiba membuat u-turn (pusingan) dan cuba mendekati kumpulan baju merah yang berada di situ,”kata Penasihat Undang-undang Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menerangkan insiden kekecohan antara kumpulan merah dan kuning (Bersih 5).

 

Beliau berkata, provokasi tersebut dimulakan oleh kumpulan bersih 5, sehingga mengakibatkan berlakunya insiden terbabit.

 

“jika kita lihat footage provokasi di Sabak Bernam ini bermula dimulakan daripada kumpulan Bersih 5 apabila dua orang penyokongnya menunggang motorsikal dengan sengaja membuat pusingan.

 

“Sedangkan motorsikal itu telah diarahkan pihak polis untuk menuju ke arah Teluk Intan.  Jadi sudah pasti perbuatan tersebut mengundang kepada kekecohan kerana mereka telah memasuki kumpulan yang berada di sebelah sana. Sepatutnya mereka (kumpulan bersih 5) tidak melalui kawasan itu,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Tambahnya, terdapat jalan alternatif sekiranya peserta motor Bersih 5 tidak melalui jalan simpang 4 tersebut dan masih boleh menggunakan alternatif yang lain.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya mengesahkan polis kini sedang menunggu kepulangan Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos itu dari luar negara untuk direkod kenyataan dari Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu.

 

Bagaimanapun, peguam Mohd Imran Tamrin berkata tindakan itu hanyalah untuk membantu siasatan dan polis sedia maklum keberadaan Jamal.

 

“Polis ingin rekod kenyataan Jamal untuk membantu siasatan saja dan sekarang beliau ada urusan dan tugas yang lain. Jadi, kita telah maklumkan kepada polis dan polis faham serta kita akan beri kerjasama sepenuhnya,” katanya.

 

Imran berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Datuk Abdul Samah Mat yang dilaporkan sedang melakukan siasatan terhadap Jamal ekoran kekecohan ketika konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam Sabtu lalu.

 

Sementara itu, mengulas surat saman Pengerusi Bersih 5, Maria Chin Abdullah beliau berkata sehingga hari ini pihaknya belum menerima saman tersebut.

 

“Sehingga hari ini kami belum menerima surat saman dari Maria Chin,” kata Mohd Imran.
Terdahulu Imran mewakili Jamal melancarkan Skuad Barisan Peguam Gerakan Baju Merah Volt 2 di Kuala Lumpur.

 

Skuad yang bakal dibarisi 21 peguam dari pelbagai firma guaman itu akan bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada peserta himpunan Baju Merah.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.