Video: Latihan Ketat Demi Ekspedisi Kutub Utara 2017

KUALA LUMPUR – Satu latihan intensif kini giat dilakukan oleh 3 orang penjelajah bagi merealisasikan ekspedisi ke kutub utara tahun hadapan.

 

Menurut Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, ekpedisi ini bakal berlangsung pada April tahun hadapan dan latihan giat dijalankan bagi melaksanakan ekpedisi ini dan dapt mengharumkan nama negara.

 

“Dalam waktu terdekat ini kami akan adakan ekspedisi ke kutub utara yang dijangk berlangsung pada bulan April tahun hadapan.

 

“Dan kami telah memulakan latihan dan pada hari ini kita lakukan latihan sekitar bukit Tabur dan selepas ini kita akan lakukan juga latihan di luar negara bagi penyesuaian dengan iklim yang mana di kutub utara iklimnya sangat ekstrem.

 

“Dengan latihan seperti ini, kita dapat laksanakan ekspedisi ini dengan baik bagi memastikan apa yang kita lakukan benar-benar dapat harumkan nama negara di mata dunia,” katanya ketika menyertai latihan bersama p3 orang penjelajah di Bukit Tabur Pagi tadi.

 

Menurut beliau, aktiviti penjelajahan ini seringkali dilakukan setiap tahun bagi membuktikan kepada dunia bahawa Malaysia juga boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

 

“Setiap tahun kita menang ada laksanakan satu ekspedisi bertaraf antarabangsa sebab kita nak buktikan pada dunia bahawa anak-anak muda di Malaysia setanding dengan anak muda dinegara maju dan mereka berani menyahut apa juga cabaran termasuk di kawasan yang ekstrem, walaupun kita berbeza iklim tapi kita berani untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baru,” ujarnya.

 

Ekspedisi ini akan melibatkan 3 orang penjelajah iaitu Shahrom Abdullah, 37 tahun, Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 36 tahun dan Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin, 34 tahun.

 

Bagi penyesuaian suku di sana, merek bakal membuat latihan di Jepun dan Amerika Syarika dalam masa yang terdekat.

 

Penjelajahan ke kutub Utara ini melibatkan 120 km perjalanan dan mengambil masa selama 20 hari dan penjelajah akan bergerak menggunaka ski.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.