Video : Gerakan Merah Lancar Skuad Peguam Bagi Bantu Peserta

KUALA LUMPUR – Gerakan merah hari ini melancarkan Skuad Barisan Peguam Gerakan Baju Merah Volt 2 bagi membantu peserta himpunan baju merah.

 

Wakil Peguamnya, Mohd Imran Tamrin berkata, khidmat guaman yang diberikan secara percuma itu bakal dibarisi Skuad seramai 21 orang peguam dari pelbagai firma guaman yang bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada peserta himpunan tersebut.

 

“Yang ada disini (peguam) telah menyatakan kesungguhan dan juga kesanggupan untuk bersama kami. Kita ada seramai lebih kurang 21 orang peguam ini akan memastikan segala perjalanan himpunan merah V2 ini membuat bantahan terhadap himpunan haram Bersih 5.

 

“Ini bagi memastikan supaya ia berjalan lancar dan peserta-peserta bersama penyokong merah v2 mendapat hak mereka dari segi perundangan sekali gus ia terjamin dan terpelihara.

 

“Kepada sesiapa sahaja yang ingin turut bersama-sama dalam merah v2 ini membuat bantahan terhadap Bersih 5, (mereka) perlu menjaga tatasusila menjaga disiplin dan juga menjaga tingkah laku semasa bersama dengan kita di dalam perhimpunan merah v2 ini,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

 

Beliau menekankan sekali lagi, skuad tersebut sentiasa bersedia bagi memastikan hak para peserta dan penyokong merah v2 terjamin.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.