Tony Eusoff Kesal Masuk Penjara, Takkan Terlibat Lagi Dalam Kancah Dadah

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Tony Eusoff mengakui dirinya serik dan tidak sekali-kali terjebak dalam kancah dadah.

 

Tony atau nama sebenarnya, Anthony Joseph Anak Hermas Rajiman, 38, yang menjalani hukuman penjara selama lima bulan di Singapura kerana kesalahan memiliki dadah, tidak mahu mengulangi lagi dengan perbuatan tersebut.

 

Tony yang sepatutnya menjalani hukuman penjara lapan bulan di Admiralty West Prison, Singapura dibebaskan pada 1 Oktober lalu kerana berkelakuan baik.

 

“Pengalaman di penjara selama lima bulan benar-benar membuat saya menyesal seumur hidup.

 

“Hukuman penjara merupakan penyesalan paling besar dalam hidup saya. Saya rasa bersalah bukan sahaja pada diri sendiri tetapi kepada seluruh ahli keluarga,” katanya, petik Kosmo.

 

Sebaik menjejak kaki keluar dari pintu penjara Admiralty West Prison pada 1 Oktober lalu, dia sudah tidak mahu menoleh ke belakang.

 

Mengulas mengenai tempoh hukuman yang dipendekkan tiga bulan, ujar Tony, pada hari pertama dimasukkan ke penjara pada 21 April lepas, dia sudah berazam untuk keluar cepat.

 

“Pihak penjara Singapura memberitahu tempoh hukuman saya boleh dipendekkan jika saya berkelakuan baik.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.