PAS Tetap Tolak Bersih 5 – Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR –  Pas berpendirian tidak menyertai perhimpunan Bersih 5.0 yang dijadualkan pada 19 November ini.

 
Pendirian itu dimuktamadkan Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan yang dikeluarkan parti itu hari ini.

 

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada 2 Oktober lalu berkata, parti itu memutuskan tidak me­nyertai Bersih 5.0 yang dilihat mempunyai matlamat yang tidak selari dengan Pas.

 

 

Nasrudin menegaskan parti itu kini sedar bahawa sebarang bentuk kerjasama dengan DAP hanya merugikan pihaknya justeru mereka tidak akan mengulangi kesilapan serupa dengan menyertai Bersih 5.0.

 

 

Tambahnya, perhimpunan Bersih 4.0 sebelum ini penuh dengan perbuatan biadab menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam serta mengotorkan ibu negara bahkan, ia lebih banyak disertai kaum Cina serta penyokong DAP.

 

 

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP yang belum di­sahkan jawatan, Lim Guan Eng se­olah-olah merayu kepada bekas sekutunya dalam pakatan pembangkang itu untuk menyertai Bersih 5.0.

 

Pas sebelum ini enggan menyertai Bersih 4.0 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu dimana telah mengakibatkan jumlah peserta dalam kalangan orang Melayu merosot dengan mendadak.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.