Papa Masuk Penjara dari Muda Sampai Tua

PUTRAJAYA -‎ Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menganggap walau apapun berlaku dalam kes rayuan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes kes Liwat II hari ini, beliau berharap agar rakyat meneruskan obor perjuangan bekas ketua pembangkang itu.

 

Menurut beliau, perjuangan ayahnya perlu diteruskan walau apapun yang terjadi.

 

‎”Jangan bersedih…kita lakukan apa sahaja untuk membebaskan Anwar, membebaskan masa hadapan kita.

 

“Anwar bukan sahaja 689 hari dipenjarakan…sebelumnya 10 tahun meringkuk dalam penjara, dari zaman muda sampai ke tua…‎namun kita jangan putus harap, terus mara ke hadapan dan jangan sesekali putus semangat semoga ALLAH beri kita kekuatan,” katanya dalam ucapan di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.

 

Ekoran daripada pembicaraan kes liwat ini, penyokong Anwar telah memenuhi perkarangan  Istana Kehakiman seawal jam 8.30 pagi demi menunjukkan tanda sokongan mereka kepada bekas ketua pembangkang itu.

 

Hari ini akan merupakan hari terakhir untuk beliau menggunakan saluran perundangan untuk menyelamatkan diri dari sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.