No Plat GT Kini boleh Dibida

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya kini boleh membida Nombor pendaftaran kenderaan terbaharu, iaitu GT1 hingga GT9999 kini dibuka tawaran bidaannya sehingga 31 Oktober ini.

 

Menurut Penasihat Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles, Kelabnya telah berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya(JPJ) bagi tujuan mengumpul dana pembangunan sukan ekstrem di peringkat antarabangsa.

 

“GT membawa maksud ‘Generasi Terbilang’ sinonim dengan kejayaan KE7B melahirkan ikon sukan lasak semenjak 2009 hingga kini dan mereka yang berminat untuk membuat bidaan boleh layari www.platgt.com.

 

“Hasil jualan bidaan itu akan digunakan bagi membiayai ekspedisi terbaharu KE7B Jelajah Kutub Utara,” katanya ketika Sesi Latihan Fizikal dan Fitness Projek XPDC KE7B di Bukit Tabur, Taman Melawati.

 

Dalam pada itu, beliau juga meluahkan rasa terima kasihnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kE7B menjual nombor pendaftaran ini. -SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.