Murid Gagal Keluar Dari Longkang Selama 20 Minit

KLANG – Seorang murid lelaki berusia lapan tahun berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap selama 20 minit di dalam longkang di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Belah, di sini semalam.]

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa dikatakan cuba mengambil duit belanja sekolahnya sebanyak RM1 yang terjatuh ke dalam longkang sedalam 0.4 meter itu.

 

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, mangsa yang gagal mengambil duit itu menggunakan tangannya kemudian bertindak masuk ke dalam longkang dan berjaya mengambil wangnya.

 

Bagaimanapun katanya, mangsa gagal keluar semula daripada longkang itu kira-kira hampir 20 minit.

 

Murid itu kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.