Mahkamah Dengar Semakan Kes Liwat Anwar

PUTRAJAYA – Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan bersidang mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadapnya kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lapan tahun lalu.

 
Beliau bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

 

Barisan pendakwaan diketuai oleh Ketua Unit Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid manakala Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai barisan pembelaan.

 

 

Ahmad Kamal dibantu oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

 

 

Mahkamah tertinggi negara mendengar permohonan semakan Anwar dalam usaha terakhirnya untuk mengetepikan keputusan panel terdahulu yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

 

 

Pada 10 Februari tahun lalu, Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menolak rayuan Anwar agar dia dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara kerana meliwat Mohd. Saiful, 31, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

 

 

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan tersebut manakala Mahkamah Rayuan mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun pada 7 Mac 2014.-Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.