Lelaki Berbogel Dalam Pesawat, Ganggu Kru

NEW DELHI – Seorang lelaki menimbulkan kekecohan dalam pesawat apabila berbogel di dalam tandas dan meminta pembantu kabin membantunya keluar.

 

Insiden itu berlaku dalam pesawat IndiGo dari Bhubaneswar ke New Delhi apabila penumpang terbabit keluar dari tandas dan meneruskan tingkah laku tidak sopan itu.

 

Menurut kenyataan syarikat penerbangan, penumpang lelaki tersebut memberitahu kru dia tidak tahu memasang tali pinggang keselamatan. Kemudian, kru membantunya untuk menyelesaikan perkara itu.

 

“Penumpang itu kemudian pergi ke tandas dan membunyikan loceng meminta bantuan. Kru segera pergi untuk membantu tetapi melihat beliau dalam keadaan bogel dan pramugari berkenaan dengan baik meminta lelaki berkenaan bersopan ketika menggunakan tandas,” tulis kenyataan itu, lapor Agensi.

 

Ketika meminta penumpang bersedia untuk mendarat, lelaki berkenaan mengeluarkan perkataan tidak menyenangkan terhadap kru perempuan tersebut.

 

Wanita itu kemudian memaklumkan kepada kapten yang memberitahu agensi keselamatan di New Delhi.

 

Sebaik mendarat, lelaki itu diiringi keluar dari pesawat dan diserahkan kepada polis.

 

“Laporan sudah dibuat di balai polis di New Delhi. Perkara itu sedang disiasat.

 

“Kepuasan pelanggan adalah teras perniagaan kami tetapi sebarang tindakan tidak diingini memberi risiko kepada keselamatan kru dan penumpang lain, justeru kami mengambil tindakan untuk menangani masalah ini,” kata IndiGo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.