Bayi ‘Ajaib’ Ditikam 14 Kali Sebelum Ditanam, Kini Selamat Dijaga Pasangan Sweeden

BANGKOK – Bayi lelaki yang ditikam 14 kali sebelum ditanam hidup-hidup dalam satu insiden menyayat hati di Thailand awal tahun ini dilapor semakin pulih daripada kecederaannya dan bakal dijadikan anak angkat bagi pasangan Sweden.

 

Terdahulu, Aidin yang baru dilahirkan diselamatkan oleh penduduk kampung selepas ditanam hidup-hidup oleh ibunya di dalam lubang kecil di wilayah Khon Kaen pada Februari lalu.

 

Aidin yang kini berusia tujuh bulan itu kini, dibesarkan dan menjalani rawatan di sebuah rumah anak yatim, lapor Mail Online.

 

Jurucakap Rumah Anak Yatim Kaen Thong, Supachai Pathimchart berkata, mereka gembira Aidin bakal memiliki keluarga baharu yang akan memastikannya mempunyai kehidupan yang lebih baik.

 

Jelasnya, pemeriksaan ke­selamatan telah dilakukan bagi memastikan Aidin membesar di tempat jagaan baharu yang sempurna.

 

“Kami gembira dia akan mempunyai rumah baharu dan kehidupan yang lebih selesa. Dia terselamat daripada pengalaman buruk itu namun mempunyai kekuatan untuk hidup,” katanya.’

 

Aidin diselamatkan oleh seorang penduduk, Kachit Krongyut, 53, yang melihat kaki bayi itu terkeluar daripada tanah di bawah sebuah pokok.

 

Menurut doktor, ‘tekanan’ daripada tanah yang menghimpit badan Aidin telah menyelamatkan nyawa bayi tersebut.

 

Ibu Aidin, seorang wanita tempatan berusia 42 tahun, dipercayai menyeksa anaknya itu, tindakan yang mengakibatkannya berdepan dakwaan cuba membunuh.

 

Sementara itu, Kachit memberi­tahu, dia dan suami, Pornchai, gembira Aidin akan dijaga di rumah baharu yang lebih baik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.