Baju Merah, Kuning Perlu Dikenakan Tindakan, Kata Musa Hassan

SHAH ALAM – Gerakan Baju Merah (Baju Merah) dan penganjur Bersih 5 (Baju Kuning) perlu dikenakan tindakan kerana kedua-dua pihak itu telah melanggar undang-undang negara kata Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

 

Beliau yang diminta mengulas kejadian peserta konvoi Bersih 5 yang dibelasah oleh ahli baju merah baru-baru ini berkata, kedua kumpulan itu telah melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman.

 

“Kedua-dua tidak ikut peraturan undang-undang dan mereka perlu diambil tindakan. Tindakan itu termasuk terhadap ketuanya,” katanya selepas seminar Integriti Dalam Perkhidmatan Awam: Teori, Persepsi dan Realiti – Satu Cabaran di sini hari ini.

 

Dalam pada itu, beliau berkata perhimpunan Bersih 5.0 pada 5 November ini boleh diteruskan jika mengikut peraturan yang ditetapkan.

 

“Kalau mereka buat permohonan dan sekiranya diluluskan, kenapa hendak dibatalkan. Kena buat permohonanlah dulu. Kalau diluluskan, tidak perlu batal. Kalau tidak lulus, tidak boleh buat perhimpunan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.