Video: Pemandu Teksi Serang ‘Teksi Sapu’ Viral Di Media Sosial

Kuala Lumpur – Satu kejadian serangan oleh pemandu teksi ke atas dua buah kereta yang didakwa didakwa dipandu oleh pemandu ‘teksi sapu’ Uber dan GrabCar’ di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) tersebar luas di laman sosial Facebook dan Youtube.

 

Berdasarkan klip video itu, beberapa orang pemandu teksi dilihat menahan sebuah kereta model Perodua Myvi selepas dikatakan tidak mempunyai permit untuk mengambil penumpang di kawasan berkenaan.

 

 

Seorang daripada pemandu teksi berkenaan secara tiba-tiba memukul cermin sisi kereta berkenaan sehingga patah manakala seorang lagi memberi amaran supaya pemandu tersebut tidak lagi datang mengambil penumpang di pusat beli-belah terkemuka itu.

 

Sejurus kemudian, pemandu kereta berkenaan memecut keluar daripada kawasan berkenaan dan seorang daripada pemandu berkenaan dilihat menendang kon penghadang ke arah kereta tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.