Video: Ku Li Ada Cara Lain Untuk Jatuhkan Najib

Putrajaya – Usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan dilakukan menggunakan kaedah lain bukan undi tidak percaya di Parlimen.

 

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, undi tidak percaya yang mahu dilakukan pembangkang itu tidak akan berlaku kerana kerana awal-awal lagi usul tersebut sudah dihalang oleh Speaker Dewan Rakyat.

 

 

“Speaker mempunyai kuasa untuk menolak mana-mana usul sekiranya tidak berada dalam urusan aturan mesyuarat Dewan Rakyat di Parlimen.

 

“Kita sedar usul tidak percaya tidak akan berlaku, namun kita akan lakukan dengan cara yang lain,” katanya yang enggan mendedahkan usaha terbaharu itu.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang turut dihadiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad , Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.