Pengantin Sewa Supercar, Rempuh Polis

Manchester (England) – Seorang lelaki yang menyewa beberapa supercar jenis Lamborghini Gllardo, Audi R8 dan Mercedes AMG ditahan selepas memandu laju dan merempuh sebuah kereta peronda polis Jumaat lepas.

 

Menurut Dailymail, lelaki berumur 28 tahun tersebut menyewa supercar tersebut untuk rombongan perkahwinannya.

 

Polis terpaksa mengejar konvoi supercar tersebut yang sedang menuju ke Oldham ketika kejadian.

 

Saksi kejadian memberitahu konvoi tersebut bergerak dengan sangat laju dan mustahil untuk polis menahan mereka.

 

Polis berjaya menahan konvoi tersebut di Failsworth selepas salah sebuah supercar konvoi tersebut merempuh kenderaan polis.

 

Greater Manchester Polis memberitahu, enam lelaki ditahan dan sebuah supercar jenis Lamborghini disita.

 

Kesemua suspek mungkin didakwa atas tuduhan memandu secara melulu, memandu dalam keadaan mabuk dan memiliki dadah.

 

Kesemua suspek dilepaskan dengan jaminan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.