Pakar Ekonomi Jangka Ringgit Pulih Pada Separuh Pertama 2016

Kuala Lumpur – Pakar ekonomi, Dr Yeah Kim Leng menjangkakan keadaan ringgit Malaysia bakal pulih pada separuh pertama 2016 antara kadar RM3.90 hingga RM4.20.

 

Keadaan itu juga disokong dengan pertumbuhan ekonomi global yang juga dijangka bertambah baik pada tahun hadapan.

 

“Dua faktor ini iaitu pemulihan harga minyak dan pertumbuhan stabil China dijangka mendorong ringgit kembali mengukuh kerana pada masa ini pasaran tukaran mata wang menerima impak daripada jangkaan sentimen sehingga membawa kepada penarafan rendah Tukaran Mungkir Kredit (CDS).

 

“Untuk itu, saya melihat ringgit boleh mencecah sekitar RM3.90 hingga RM4.20 pada separuh pertama tahun depan dengan menunjukkan tanda pemulihan bermula pada awal 2016,” katanya.

 

Menurut Yeah lagi, ringgit juga boleh mencecah di bawah RM3.80 dalam tempoh jangka panjang jika beberapa isu kontroversi dapat diselesaikan.

 

Bukan sahaja RM, beberapa mata wang lain juga menerima kesan akibat kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS pada Disember ini.

 

“Bagaimanapun, pada tahun depan diharap faktor luaran dapat membantu mengukuhkan kembali ringgit dan meningkatkan semula permintaan kepada eksport,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.