Mekanik Mengaku Salah Halang Tugas Penguatkuasa MBPP

GEORGETOWN – Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan menghalang tugas tiga anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada Rabu lalu.

 

Leong Wai Loon, 19, dan Bok Kwong Shen , 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Izora Syed Manshor.

 

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai mekanik kereta itu menghalang tugas tiga penguatkuasa MBPP selepas tayar kenderaan mereka dikunci di Lebuh Campbell, di sini, pada jam 11.30 pagi, 7 Oktober lalu.

 

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sehingga RM10,000.

 

Sharifah Izora kemudian menetapkan setiap tertuduh membayar jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 November hadapan sebagai tarikh penyerahan laporan sosial serta keputusan kes.

 

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hafiz Hashim. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.