Lelaki ‘Bersiar-Siar’ Di Bandar Bawa Kepala Isteri

PUNE – Polis menahan seorang lelaki selepas dilaporkan oleh orang awam, ‘bersiar-siar’ di jalan raya sambil membawa kepala wanita yang telah dipenggal selain memegang kapak, pada Ahad.

 

Ramchandra Sheu Chavan, 53, ditahan pihak berkuasa tempatan selepas orang awam yang lalu-lalang di pusat bandar barat Pune terkejut dengan tindakannya dan bertindak membuat laporan kepada polis.

 

Wanita tersebut dilaporkan Press TV, dipenggal lehernya selepas terlibat dengan pertengkaran dengan suspek pada pagi Jumaat.

 

Menurut polis tempatan, suspek itu yang sering bertengkar dengan isterinya, Sonabai, membunuh isterinya selepas mengesyaki mempunyai hubungan sulit dengan menantunya sendiri.

 

“Lelaki itu tidak mempunyai apa-apa gangguan mental dan disiasat buat masa ini. Dia kini berada dalam jagaan polis kerana membunuh dan masih sedang disoal siasat,” kata inspektor polis, M. Chavhan.

 

Sementara itu, dalam sedutan video laporan berita News World India turut memaparkan suspek berjalan sambil membawa kepala isterinya yang telah dipenggal sambil diperhatikan orang awam. – TheRakyatPost

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.