Khairuddin, Matthias Didakwa Pagi Ini

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebentar tadi terhadap pertuduhan cubaan melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

 

Tiada pengakuan direkodkan dihadapan Majistret Siti Radziah Kamaruddin.

 

Khairuddin dan Mathias yang masing-masing berbaju lokap polis oren memahami pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah sebanyak dua kali dalam bahawa Melayu dan bahasa Inggeris.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud memohon tempoh sebulan untuk sebutan semula kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

 

Bagaimanapun peguam, Haniff Khatri Abdulla membantah dan memohon agar anak guamnya diberikan jaminan dan meminta Mahkamah Majistret memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi hari ini.

 

Pada awal prosiding ketika dibawa masuk ke dewan mahkamah, Khairuddin sempat mengangkat tangan dan melambai kearah para penyokongnya.

 

Majistret kemudiannya menetapkan kes itu disebut semula dalam tempoh dua minggu pada26 Oktober depan. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.