Kadar Baru Tol Lebuhraya KL-Karak Mulai Khamis Ini

KUALA LUMPUR – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Bhd, hari ini mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang akan dikuatkuasakan mulai Khamis ini.

 

Berikutan itu, kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di Plaza Tol Gombak kini menjadi RM6 berbanding RM5 sekarang manakala di Plaza Tol Bentong RM3.50 daripada RM3 sekarang.

 

Bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) pula menjadi RM12 di Plaza Tol Gombak dan RM7 di Bentong.

 

Sementara kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM18 di Plaza Tol Gombak dan RM10.50 di Plaza Tol Bentong.

 

Bagi teksi pula RM3 di Plaza Tol Gombak dan RM1.80 di Plaza Tol Bentong, manakala bagi bas pula RM5 di Plaza Tol Gombak dan RM3 di Plaza Tol Bentong. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.