Bakar Rakan

MEDAN – INDONESIA. Seorang pelajar sekolah rendah di wilayah Batubara, Sumatera Utara bertindak membakar dua rakannya selepas merasakan diri tidak dipedulikan.

 

 

Menurut laporan Jakarta Globe, jurucakap polis Sumatera Utara, Helfi Assegaf berkata, kejadian itu berlaku ketika ketiga pelajar tersebut bermain di kantin sekolah.

 

 

Disebabkan merasa tersisih suspek yang dikenali sebagai J.S kemudiannya bertindak mengambil menyak tanah dan menyimbah kepada kedua mangsa.

 

 

“JS kemudian menyalakan mancis dan melontar pada mereka,” kata Helfi.

 

 

Bagaimanapun, polis masih menyiasat dari mana suspek mendapatkan minyak tanah serta mancis.

 

 

Laporan menunjukkan seorang  mangsa melecur di badan masih dirawat di Hospital Bhayangkara di Tebingtinggi,
Medan, manakala seorang lagi murid yang cedera di tangan kiri dan kepala dirawat di Klinik Oloan Clinic di Batubara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.