Taufan Vongfong Membadai Di Selatan Jepun, 28 Cedera

Tokyo – Taufan Vongfong membadai Okinawa di selatan Jepun dan dijangka melanda kepulauan Kyushu di timur laut Jepun.

Sekurang-kurangnya 28 orang dilaporkan mengalami kecederaan di Kyushu dan Okinawa, dan 150,000 orang lagi dinasihatkan supaya berpindah ke tempat lebih selamat.

Taufan Vongfong itu membadai dengan kelajuan angin 178 kilometer sejam. Berikutan kejadian taufan itu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh berlumpur dan angin kuat yang boleh menjejaskan tenaga kuasa elektrik dan menghentikan perkhidmatan kereta api laju atau ‘bullet train’.

Minggu lalu taufan yang melanda mengakibatkan tiga anggota tentera udara Amerika Syarikat terkorban, yang mayat mereka dijumpai tersadai di laut Okinawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.