Polis Buru ‘Ah Hai’, Saksi Penting Kes Bom

Kuala Lumpur – Polis mencari lelaki dikenali sebagai ‘Ah Hai’ untuk membantu siasatan kejadian letupan bom di hadapan Kompleks Sun di Bukit Bintang, Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur memberitahu BERNAMA, lelaki berkenaan merupakan saksi penting dalam kes itu.

“Kami percaya Ah Hai adalah sasaran utama dan siasatan awal mendapati dia merupakan saksi penting dalam kes ini. Pihak polis masih cuba mencarinya,” katanya.

Tajuddin berkata, polis sebelum ini telah menyelesaikan kes melibatkan Ah Hai dan akan menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

“Ah Hai dikatakan terlibat dalam kes di Sentul, Ogos lalu dan dakwaan mengatakan dia mengacukan pistol ke arah pegawai polis.”

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang joki kereta terbunuh dan menurut Tajuddin lapan saksi telah tampil memberi keterangan.

Polis masih belum menahan mana-mana suspek.

Tiong Kwong Yie, 36, meninggal dunia akibat kecederaan serius manakala 12 lagi termasuk pelancong asing cedera dalam letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan samseng yang berebut kawasan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.