Pengawal Keselamatan Terlepas Tembakan Cedera Ringan

Georgetown – Seorang pengawal keselamatan cedera ringan di tangan akibat terkena serpihan lantai setelah terlepas sedas tembakan di sebuah kedai emas di Gurney Plaza, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam

kejadian pukul 9.20 pagi itu mangsa baru sahaja memulakan tugasnya di premis yang terletak di aras bawah kompleks beli belah berkenaan.

“Tiada sebarang kecederaan membabitkan pekerja lain atau pelanggan kerana premis itu baru memulakan operasi,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata lelaki berumur 40 tahun itu sudah tiga tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di premis berkenaan dan dia ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.